Wednesday, December 14, 2011

bosan!

bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan .

Friday, December 2, 2011

ibu saya seorang yang rajin.

Saya ada seorang ibu.Dia seorang tukang masak.Nama ibu saya ialah norizan.Pada hari cuti, ibu saya pergi mengikuti kelas memasak.Kelas itu bermula pada pukul 10.00 pagi.

Pada waktu tengah hari, ibu saya memasak sup ayam dan ikan tilapia.minuman pula ialah teh tarik.Pada pukul 2.00 petang dia pergi mengemas di  dalam rumah .Selepas itu  dia pergi ke kedai untuk membeli makanan petang seperti pisang goreng dan cucur durian.

Pada waktu malam,ibu saya membeli chicken chop tuntuk saya.Saya sangat sayang kepada ibu saya.sekian terima kasih.

perjalanan disebuah lorong yang gelap.

dalam perjalanan melalui lorong yang gelap dan sempit,tiba-tiba saya ternampak sebuah cahaya yang terang.saya teruskan perjalanan itu.saya ternampak orang ramai di seberans sana.

saya ternampak pak hasan dan saya bertanya kepadanya,"apakah yang berlaku disini pak hasan."pak hasan menjawab sebab kekecohan ini kerana berlaku kemalangan ibu bapa awak.saya terkejut dan saya pun pengsan.rupa-rupanya saya mengigau semasa tidur.

Tuesday, November 29, 2011

AKY SEBUAH KOMPUTER


NAMAKU AKIKO,AKU IALAH SEBUAH KOMPUTER.AKU DIBUAT DAN DIPASANG DI JEPUN.AKU DIBUAT DARIPADA CAMPURAN BESI,ALUMINIUM,TEMBAGA,TIMAH DAN PLASTIK.
DIRIKU DILENGKAPI DENGAN MONITOR,PERANTI,DISKET,PAPAN KEKUNCI,PEMBESAR SUARA DAN PENCETAK.MONITOR UNTUK MENAIP.DISKET UNTUK MENYIMPAN MAKLUMAT DAN LAIN-LAIN.
AKU DIBAWA KE SEBUAH PELABUHAN DI MALAYSIA. AKU TELAH TIGA TAHUN BERHIKMAD KEPADA TUAN AKU.TUAN AKU MEMBELI KOMPUTER YANG LEBIH CANGGIH DARIPADAAKU.TETAPI TUAH AKU MASIH MENGGUNAKAN AKU LAGI.
IANYA MASIH DIGUNAKAN DENGAN BAIK.IANYA BOLEH MENAIP BAHAN-BAHAN MASAKAN DAN BOLEH MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday, August 24, 2011

karangan UPSR


Pengalaman Bercuti di Rumah Kawan / Kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke rumah Tan di Pulau Ketam. Tan tinggal di kampung nelayan.

Rumah Tan terletak berhampiran dengan pantai. Saya berpeluang mengikut bapa Tan menjala ikan di laut. Saya berasa seronok.

Pada waktu petang, suasana di pantai sangat indah. Budak-budak bermandi-manda di laut. Saya menolong bapa Tan membaiki jala.

Cuti sekolah telah tamat. Saya berasa sedih untuk meninggalkan Tan dan keluarganya. Bapa Tan memberi saya ikan masin untuk dibawa pulang. Saya berjanji akan datang lagi ke kampung nelayan itu.

Faedah / Kebaikan Membaca

Membaca jambatan ilmu. Orang yang suka membaca akan mendapat banyak kebaikan.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. kita dapat menjawab soalan guru dengan mudah. Selain itu, kita juga dapat menulis karangan dengan baik.

Membaca buku dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, saya suka mengisi masa lapang saya dengan membaca buku cerita, majalah, dan sebagainya.

Rajin membaca mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, kita perlu memilih bahan bacaan yang sesuai.

Perhimpunan Sekolah Saya

Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Selasa. Perhimpunan sekolah diadakan di dewan sekolah.

Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan.

Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua pengawas. Guru bertugas akan mengumumkan beberapa perkara penting kepada murid-murid.

Kemudian, Guru Besar akan memberi ucapan. Selepas tamat perhimpunan, murid-murid masuk ke kelas masing-masing.

Persiapan Ke Sekolah

Saya bangun pada pukul 6 pagi. Saya mengemas bilik tidur saya selepas bangun.

Saya menggosok gigi sebelum mandi. Selepas itu, saya membersihkan diri dengan menggunakan sabun. Saya mengelap badan saya dengan menggunakan tuala yang bersih.

Kemudian, saya memakai baju sekolah. Saya menyikat rambut dengan kemas. Setelah siap, saya bersarapan bersama keluarga.

Bapa menghantar saya ke sekolah pada pukul 6:50 pagi. Ayah menghantar saya dengan menaiki basikal.

Kampung Saya / Tempat Tinggal Saya

Saya tinggal di Pulau Ketam. Kampung saya ialah sebuah kampung nelayan. Penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina dan Melayu.

Kebanyakan penduduk lelaki bekerja sebagai nelayan. Mereka menjala ikan di laut. Manakala, penduduk wanita bekerja sebagai suri rumah tangga. Mereka sangat rajin membuat kerja rumah.

Para penduduk di kampung saya sering mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. Penduduk kampung ini hidup dalam aman dan damai.

sekolah saya


Nama sekolah saya ialah sekolah kebangsaan matang gerdu. Saya ialah murid Tahun 3 anggerik.

Sekolah saya dibina pada tahun 1930. Semenjak itu, bangunan sekolah saya banyak berubah. Bilangan murid juga semakin bertambah.

Sekolah saya mempunyai kantin, perpustakaan, pejabat guru, taman dan 12 buah bilik darjah. Keadaan di sekolah saya bersih dan selamat.

Selain itu, sekolah saya mempunyai 372 orang murid dan 25 orang guru. Semua gurunya baik dan tekun bekerja.

jiran saya


Saya dan keluarga saya tinggal di Pulau Ketam. Kami berjiran dengan Encik Tan.

Encik Tan bekerja sebagai nelayan. Beliau selalu menjala ikan di laut. Isterinya pula bekerja sebagai suri rumah tangga. Encik Tan ada seorang anak, iaitu, Siang Wei.

Saya dan Siang Wei bersekolah di sekolah yang sama. Kami belajar dan bermain bersama-sama.

Encik Tan sangat baik dengan jiran-jirannya. Dia selalu membantu jiran yang berada dalam kesusahan jika terdaya.