Saya dan keluarga saya tinggal di Pulau Ketam. Kami berjiran dengan Encik Tan.
Encik Tan bekerja sebagai nelayan. Beliau selalu menjala ikan di laut. Isterinya pula bekerja sebagai suri rumah tangga. Encik Tan ada seorang anak, iaitu, Siang Wei.
Saya dan Siang Wei bersekolah di sekolah yang sama. Kami belajar dan bermain bersama-sama.
Encik Tan sangat baik dengan jiran-jirannya. Dia selalu membantu jiran yang berada dalam kesusahan jika terdaya.
No comments:
Post a Comment