Pengalaman Bercuti di Rumah Kawan / Kampung
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke rumah Tan di Pulau Ketam. Tan tinggal di kampung nelayan.
Rumah Tan terletak berhampiran dengan pantai. Saya berpeluang mengikut bapa Tan menjala ikan di laut. Saya berasa seronok.
Pada waktu petang, suasana di pantai sangat indah. Budak-budak bermandi-manda di laut. Saya menolong bapa Tan membaiki jala.
Cuti sekolah telah tamat. Saya berasa sedih untuk meninggalkan Tan dan keluarganya. Bapa Tan memberi saya ikan masin untuk dibawa pulang. Saya berjanji akan datang lagi ke kampung nelayan itu.
Faedah / Kebaikan Membaca
Membaca jambatan ilmu. Orang yang suka membaca akan mendapat banyak kebaikan.
Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. kita dapat menjawab soalan guru dengan mudah. Selain itu, kita juga dapat menulis karangan dengan baik.
Membaca buku dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, saya suka mengisi masa lapang saya dengan membaca buku cerita, majalah, dan sebagainya.
Rajin membaca mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, kita perlu memilih bahan bacaan yang sesuai.
Perhimpunan Sekolah Saya
Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Selasa. Perhimpunan sekolah diadakan di dewan sekolah.
Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan.
Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua pengawas. Guru bertugas akan mengumumkan beberapa perkara penting kepada murid-murid.
Kemudian, Guru Besar akan memberi ucapan. Selepas tamat perhimpunan, murid-murid masuk ke kelas masing-masing.
Persiapan Ke Sekolah
Saya bangun pada pukul 6 pagi. Saya mengemas bilik tidur saya selepas bangun.
Saya menggosok gigi sebelum mandi. Selepas itu, saya membersihkan diri dengan menggunakan sabun. Saya mengelap badan saya dengan menggunakan tuala yang bersih.
Kemudian, saya memakai baju sekolah. Saya menyikat rambut dengan kemas. Setelah siap, saya bersarapan bersama keluarga.
Bapa menghantar saya ke sekolah pada pukul 6:50 pagi. Ayah menghantar saya dengan menaiki basikal.
Kampung Saya / Tempat Tinggal Saya
Saya tinggal di Pulau Ketam. Kampung saya ialah sebuah kampung nelayan. Penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina dan Melayu.
Kebanyakan penduduk lelaki bekerja sebagai nelayan. Mereka menjala ikan di laut. Manakala, penduduk wanita bekerja sebagai suri rumah tangga. Mereka sangat rajin membuat kerja rumah.
Para penduduk di kampung saya sering mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. Penduduk kampung ini hidup dalam aman dan damai.
Kebanyakan penduduk lelaki bekerja sebagai nelayan. Mereka menjala ikan di laut. Manakala, penduduk wanita bekerja sebagai suri rumah tangga. Mereka sangat rajin membuat kerja rumah.
Para penduduk di kampung saya sering mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. Penduduk kampung ini hidup dalam aman dan damai.